Loading...

Thursday, 8 December 2011

Kad Bacaan (Tahap 2)


Orang yang paling saya hormati

            Orang yang paling saya hormati ialah ibuku. Ibu saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin papa. Beliau mula menyara hidup keluarganya setelah bapa meninggal dunia. Pada masa itu, beliau baru berumur lima belas tahun.
            Ibu belajar cara-cara membuat jahitan dan akhirnya beliau menjadi seorang tukang jahit. Setiap pagi beliau menunggang basikal dari rumah ke rumah bagi mengumpul kain untuk dibuat baju. Selepas siap mengumpul, ibu akan menjahit baju-baju ini di rumah.
            Ibu selalu bekerja hingga larut malam. Biasanya, ibu menghantar baju yang siap dijahit kepada pemiliknya pada hari keesokkan. Ibu menggunakan wang yang diperolehi dari kerja-kerja jahitan itu untuk membeli bekalan makanan kepada ahli-ahli keluarganya.

Hari yang malang

            Saya dan bapa brsiar-siar di kawasan perumahan kami. Cuaca pada hari itu sangat cerah. Burung-burung mencicit dengan riangnya.
            Encik Ahmad yang sudah berusia berjalan-jalan bersendirian di situ. Ali yang nakal pula menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, dia hilang kawalan dan terlanggar Encik Ahmad. Mereka berdua jatuh atas jalan raya. Saya dan bapa segera membantu mereka. Ayah saya yang juga seorang doktor, menjahit luka mereka. Ali dimarahi kerana kelalainnya. Dia berasa serba salah dan meminta maaf kepada Encik Ahmad.


Kehidupan harian seorang pengusaha kantin

            Encik Chan ialah seorang pengusaha kantin. Dia menjual makanan dan minuman di kantin sekolah. Encik Chan dan isterinya pergi ke kantin pada pukul lima pagi. Selepas itu, mereka segra menyediakan sarapan untuk dijual.
            Biasanya mereka akan menjual kek, roti, mi goreng dan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Mereka selalu menyediakan pelbagai jenis makanan pada waktu rehat sekolah. Contohnya nasi ayam, mi kari, nasi goreng dan mi sup. Selain itu, pisang dan keropok udang juga disediakan oleh Encik Chan. Ramai murid suka membeli makanan daripada Encik Chan. Makanannya bukan sahaja enak malah harganya murah.
            Kerja-kerja Encik Chan dan isterinya akan selesai pada pukul satu petang.

Perjalanan balik ke kampung.
           
John berasa sungguh gembira pada itu. Ini kerana ibu bapa John akan membawanya melawat ke rumah datuk di kampung. Mereka bertolak selepas makan sarapan pagi pada pukul tujuh pagi. Encik Peter iaitu ayah John memandu kereta menuju ke arah destinasi mereka.
            Dalam perjalanan ke rumah datuk, John berpeluang melihat pemandangan yang berbeza. Dia ternampak banyak lembu yang sedang meragut rumput di padang, kerbau pula bermandian di lumpur, ladang sawah padi dan kebun buah-buahan yang menghijau. Pokok rambutan dan durian penuh dengan buah. Menurut ayah John, musim buah durian dan rambutan sudah menjelang tiba.
            Perjalanan ke kampung memakan masa lebih kerang tiga jam. Datuk, nenek dan saudara sepupu John sudah menunggu mereka di depan rumah.

Anak yang baik.
           
Ali belajar pada sebelah sesi pagi. Setiap pagi, dia bertolak ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.
            Selepas waktu sekolah, Ali bekerja sambilan sebagai penghantar di sebuah kedai runcit untuk mendapat wang lebihan bagi membantu keluarganya. Kerja itu senang sahaja. Dia hanya perlu menghantar barang-barang yang ringan seperti makanan dalam tin, makanan ringan dan telur ke kawasan perumahan yang berdekatan.
            Dia menunggung basikal yang berbakul untuk menghantar bahan pesanan pelanggan kedai runcit. Majikan Ali membayar gaji kepadanya pada hari minggu. Kemudian, dia memberi wang itu kepada ibunya. Ali tidak membelanjakan wang itu untuk kegunaan sendiri.


Budak yang kepala keras.
           
Pada hari Ahad yang lalu, Martin dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Martin hendak berenang. Ayahnya menasihati Martin supaya jangan berenang terlalu jauh dari pantin. Martin enggan mendengar nasihat ayahnya. Malah sengaja berenang jauh dari pantai.
            Tiba-tiba, kaki kiri Martin kekejangan otot. Dia berasa sangat sakit lalu menjerit meminta pertolongan. Mujurnya ayah Martin yang sedang memerhatikan segala tindak-tinduk Martin terdengar jeritnnya. Ayahnya segera berenang ke
arah Martin dan menyelamatnya. Ayah memeluk Martin ke tepi pantai. Ibu bapa Martin memarahinya kerana sikap yang enggan mendengar nasihat orang tua.


Majlis hari jadi
           
Pada petang semalam, Chooi Ling pergi ke majlis hari jadi Pauline. Ramai kawan yang hadir majlis hari jadi Chooi Ling.
            Rumah Pauline dihiasi dengan belon dan kertas yang berwarna-warni. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangakan di atas meja seperti ayam goreng, mi goreng, kari ayam, agar-agar dan lain-lain lagi.
            Tetamu-tetamu diberi topeng parti untuk dipakai. Permainan seperti kerusi muzik beralih topi dan buta mengiring buta telah dimainkan. Sebelum majlis itu berakhir, kek hari jadi dibawa keluar. Mereka menyanyi lagu hari jadi untuk Pauline.


Menara Kuala Lumpur.
           
Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Bandar Raya Kuala Lumpur, Bandar Rya Taman Bercahaya. Menara ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1996 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr.Mahathir Mohamad.
            Menara Kuala Lumpur yang tingginya 421 meter merupakan menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia. Terdapat 22 tingkat kesemuanya yang mengandungi sebanyak 2058 anak tangga. Terdapat lima bahagian utama iaitu tapak asas, tingkat pelancongan, tiang menara, kepala menara,dan tiang antenna.
            Selain daripada dapat melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur dari paras 276 meter, para pelawat juga dapat menikmati hidangan di Restoran Berputar Seri Angkasa. Kemudahan-kemudahan lain seperti panggung mini, panggung terbuka,kolam pancutan air, restoran makanan segera, dan kedai-kedai cenderamata menambahkan lagi daya tarikan ke menara ini.
Buat baik dibalas baik.
           
Kevin baru pulang dari sekolah. Semasa dalam perjalanan, dia bertemu dengan seekor anjing. Kaki anjing itu luka. Kevin membawa anjing itu pulang ke rumah. Dia merawat luka anjing itu sehingga sembuh. Dia menamakan anjing itu Johnny.
            Pada suatu malam, seorang penyamun masuk ke rumah Kevin. Kevin tidak dapat melawan kerana badannya diikat. Tiba-tiba, Johnny menyalak. Johnny menyerang penyamun itu. Penyamun itu cedera. Akhirnya , penyamun itu ditangkap polis. Sesungguhnya, jika kita berbuat baik, kita akan mendapat balasan yang baik juga.


Sekolah saya
           
Sekolah ialah tempat untuk murid-murid menimba ilmu. Sekolah terdapat di Bandar dan di luar Bandar. Sekolah saya terletak di kawasan luar Bandar.
            Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batu Hampar. Ia terletak di kawasan daerah Rembau. Sekolah saya besar dan cantik. Sekolah saya dibuka pada tahun 1924. Walaupun ia sudah lama dibuka tetapi keadaan bangunannya masih lagi cantik dan teguh.
            Untuk memastikan keadaan sekitar kawasan sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa bergotong-royong membersihkan sekolah. Sekolah saya pernah memenangi tempat pertama peringkat negeri dari segi keceriaannya. Saya cukup berbangga dengan sekolah saya ini.


Cita-cita saya
           
Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita. Antaranya ialah ingin menjadi guru, doktor, polis, angkasawan dan sebagainya. Seperti orang lain sata juga mempunyai cita-cita.
            Cita-cita saya ialah ingi menjadi seorang guru. Saya ingin menjadi guru kerana guru merupakan satu tugas yang mulia. Melalui kerja ini saya dapat mendidik bangsa Mlaysia menjadi satu bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa yang lain di dunia.
            Walau bagaimanapun untuk mencapai cita-cita saya ini bukanlah mudah. Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh hingga mendapat kejayaan yang cemerlang di universiti. Saya juga harus mempunyai sikap rajin dan sabar jika menjadi seorang guru.
            Semoga cita-cita saya ini terkabul juga satu hari nanti.

Perpustakaan sekolah saya.
            Setiap sekolah mempunyai perpustakaan. Perpustakaan amat penting kepada murid-murid serta guru. Perpustakaan dijadikan tempat rujukkan serta tempat untuk murid-murid meminjam buku.
            Di sekolah saya juga mempunyai sebuah perpustakaan. Perpustakaan di sekolah saya besar dan cantik. Buku-buku disusun rapi di atas rak. Kami tidak dibenarkan membuat bising jika berada di dalam perpustakaan. Untuk memastikan perpustakaan di sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah saya telah melantik beberapa orang pstakawan untuk menjaga keceriaan kawasan perpustakaan.
            Setiap akhir tahun pula, pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada murid-murid yang banyak meminjam buku di perpustakaan. Kami amat suka hati bila menerima hadiah itu.

Sambutan Hari Guru
            Pada 16 haribulan Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk mengenang jasa bakti guru dalam usaha mendidik para murid.
            Sambutan Hari Guru sekolah saya dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan bacaan ikrar oleh semua guru serta nyanyian beramai-ramai ‘Kami guru Malaysia’.
            Kemudian Tuan Guru Besar membaca perutusan khas daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Selepas itu, kami ke padang untuk melihat acara sukaneka. Sukaneka itu sungguh menarik. Ada pertandingan tiup belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan sebagainya lagi. Sukaneka ini disertai oleh guru-guru dan para murid. Pada hari itu juga ramai murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru masing-masing.
            Sambutan itu tamat pada pukul 2.00 petang. Kami pun pulang dengan penuh kegembiraan.
Jiran saya
            Jiran ialah orang yang tinggal berselahan dan berdekatan dengan rumah kita. Jiran berdekatan dengan rumah kita adakalanya orang Melayu, Cina ataupun India. Kita hendaklah berbaik-baik dengan jiran tetangga kita.
            Saya juga mempunyai jiran. Bersebelahan dengan rumah saya ada sebuah keluarga keterunan Cina. Namanya Lim Ah Ming. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Kesemua anak-anaknya sudah besar dan bekerja. Encik Lim berumur lebih kurang 54 tahun. Dia bekerja sebagai seorang peniaga.
            Encik Lim sekeluarga sangat ramah dan baik hati. Kadang kala mereka akan datang ke rumah saya untuk berbual mesra. Adakalanya juga keluarganya memberi sedikit buah-buahan kepada saya. Hubungan kami amat mesra dan saya sangat menyayangi mereka.
Makanan kegemaran saya
           
Untuk mendapatkan tenaga kita perlu makanan. Ada orang suka makan makanan seperti mi goreng, nasi lemak, kentang goreng, mi rebus dan roti canai. Setengahnya pula suka makan makanan seperti burger, kacang dan sayuran.
            Saya juga mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya suka makan mi goreng kerana ia cukup mengenyangkan serta ianya tidak susah untuk dimasak. Selalunya saya membeli mi goreng di gerai-gerai yang terdapat berhampiran dengan kawasan rumah saya.
            Kadang kala jika ibu ada masa lapang, dia akan memasak mi goreng untuk saya. Mi goreng yang dimasak oleh ibu saya cukup sedap dan lazat.
Pergi ke dusun datuk
           
Pada hari Isnin yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke dusun datuk saya. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta.
            Sesampainya di sana, kami disambut oleh datuk. Dusun datuk saya amat luas. Di dusun datuk saya ada pokok rambutan, manggis, durian dan pisang. Pada tahun ini buah-buahan di dusun datuk saya berbuah lebat. Saya dan keluarga saya menolong datuk mengumpul buah durian yang gugur. Kami dijamu dengan b oleh datuk dengan berjenis-jenis buah-buahan. Saya dan keluarga makan dengan sepuas-puasnya.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memanjat sebatang pokok rambutan. Tetapi malang nasib saya pokok rambutan itu ada kerengga. Habis badan saya digigitnya. Datuk dan keluarga saya lain ketawa melihat gelagat saya yang cuba membuang kerengga. Pukul 6.00 petang kami pun pulang ke rumah.

Berkelah di tepi pantai

Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Lido. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Pantai Lido.
Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada yang membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai, saya dan adik saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas-puasnya.
Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan yang telah dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah.

Kegunaan pokok kelapa
           
Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan kampung-kampung serta di tepi pantai.
Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh diminum airnya. Buah kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh dibuat berus, pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan barang-barang perhiasan. Buah kelapa juga bolah dibuat minyak.
Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa hari raya. Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa juga ada gunanya. Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.


Kegunaan pokok pisang
           
Di negara kita banyak terdapat pokok pisang. Pokok pisang banyak terdapat di kawasan kampung-kampung. Pokok pisang ada beberapa jenis antaranya ialah pisang Emas, Rastali, Embun, Tanduk, Awak dan lain-lain lagi.
Pokok pisang banyak gunanya kepada manusia. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja. Buah pisang juga boleh digoreng. Ia enak dimakan ketika panas. Buah pisang juga boleh dibuat jemput-jemput dan kuih lepat. Buah pisang muda boleh dibuat kerepek.
Daun pisang digunakan untuk membalut nasi lemak, alas ikan baker dan pembalut kuih lepat. Batang pisang pula boleh dibuat rakit. Ia berguna terutamanya pada musim banjir. Selain itu, pokok pisang juga mempunyai jantung. Jantung pisang boleh dibuatulam atau direbus.
Walaupun pokok pisang banyak gunanya kepada manusia tetapi ia hanya berbuah sekali seumur hidup.

Faedah membaca
            Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik, majalah dan lain-lain lagi.       
Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal yang berlau di dalam dan di luar negara.  
Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar.
            Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama kepada yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menambah perbendaharaan kata mereka.
            Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.

No comments:

Post a Comment