Thursday, 8 December 2011

* LATIHAN TATAHBAHASA 1


Latihan 1
Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................

*JAWAPAN*            Latihan Simpulan Bahasa 1
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka
1. Pagi tadi Ah Meng  alas perut. sebelum pergi Taiping.
2. .Anak angkat. Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak  berlesen angkat kaki.
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan bahasa dalam.
5. Orang tua selalu beri  muka.dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip .bekas tangan.pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu baik sangka kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak cabut nyawa mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu mencari jalan.
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat durian runtuh

No comments:

Post a Comment